SEMOGA TERHIBUR...JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW YA...

Isnin, 12 Ogos 2013

Bungkusan Cinta _Bab 5

 Seminggu telah berlalu. Minggu orientasi juga sudah selesai. Bagi pelajar tahun pertama, hari ini merupakan hari pertama kelas mereka.

       Elfira mengenakan sepasang bajukurung berwarna merah dan dipadankan dengan tudung bidang 90 yang sedondon dengannya. Memang sesuai sekali dengan kulit Elfira yang putih itu.

      Elfira dan Qistina menolak pintu kelas. Sudah ramai pelajar yang sampai. Merka memilih untuk duduk di barisan ketiga. Tanpa Elfira sedar, sebnarnya lelaki yang duduk di belakangnya itu Fiqret. Fiqret sengaja menundukkan wajahnya ketika Elfira masuk.

       “Syuk, sini kejap. Perempuan depan aku inilah yang aku cerita hari tu. Cantik kan?” Bisik Fiqret kepada Syukri. Syukri pantas memandang Elfira. “Jom berkenalan dengan mereka,” ajak Syukri.

          “Assalamualaikum…Boleh kita berkenalan? Jangan salah faham pula. Kita kan satu kelas. Kenalah kenal antara satu sama lain. Nama saya Fiqret Ilman. Panggil sahaja Fiqret. Yang ini pula Syukri.” Syukri melemparkan senyuman kepada mereka.

            Elfira dan Qistina menoleh. Terbeliak mata Elfira apabila mengetahui yang Fiqret duduk di belakangnya.

             Qistina yang tak tahu tentang Fiqret memperkenalkan dirinya. “Waalaikumussalam. Nama saya Nurul Qistina. Nama dia pula Elfira Qirana. Selamat berkenalan.”

             Elfira menjeling Qistina sambil mendengus lalu memandang semula ke hadapan. Qistina terpinga-pinga. Kenapa pula dengan Fira ini? Sebelum ini pun, mereka ada berkawan dengan lelaki tetapi masih menjaga batas-batas pergaulan mereka.

              Qistina berbisik kepada Elfira. “Kau ni kenapa?”

              “Kalau kau nak tahu, Fiqret itulah lelaki yang cari fasal dengan aku masa orientasi itu. Sampai sekarang, aku masih lagi sakit hati dan geram dengan dia.”

              Fiqret dapat mengagak apa yang mereka katakana. “Fira, saya minta maaf ya fasal hari tu. Saya buat macam tu sebab saya pun baru dapat lima tandatangan. Saya bukan sengaja nak sakitkan hati awak.”

              Elfira membuat pandangan meluat, “Qis, jom duduk sana. Panaslah dekat sini.” Baru sahaja mereka mahu bangun, seorang pensyarah wanita dalam linkungan 30-an masuk. Alamak! Tidak sempat pula aku nak tukar tempat. Elfira mendengus dengan muka yang masam.

               Fiqret tersengih. Dia mengambil sehelai kertas kecil lalu menulis sesuatu. Selesai menulis, dia membaling kertas itu kea rah Elfira.

               Terkejut Elfira apabila melihat ada kertas jatuh di atas pahanya. Dia dapat mengagak siapa yang membaling kertas itu, Pantas dia mengambil kertas itu dan membaca isinya.


                      

             Kita bersua buat pertama kali semasa minggu orientasi. Dapat pula sekelas. Tempat duduk kau pun depan aku je. Adakah ini namanya jodoh?  >_<



               Meluat Elfira membacanya. Jodoh konon. Ini bukan jodoh tapi dugaan untuk menghadapi orang yang senget macam kau. Elfira membaling semula kertas itu ke arah Fiqret. Qistina dan Syukri hanya tersengih melihat mereka


p/s: esok iffah sambung lagi bab 5. kalau nak tahu apa-apa perkembangan tentang bungkusan cinta boleh add FB iffah. >_<




              

Ahad, 14 Julai 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua.....
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!

Iffah nak minta maaf sebab jarang masukkan entry.Bukan senang duduk asrama ni.Buzy memanjang. Setiap masa ada kerja yang kena buat. Sebenarnya bab 5 dah siap tapi buku tu tertinggal pulak dekat asrama.In Sya Allah minggu depan , iffah akan cuba masukkan. Tapi susah sikit sebab abang dengan akak ada dekat rumah. Kalau boleh masukkan terus tak pe tapi kena taip semula ke dalam laptop..


Tahun ni tahun pertama Iffah puasa dekat asrama. Masa hari pertama solat tarawih tu rasa sebak pun ada. Biasanya puasa dengan keluarga tapi tahun ni lain pulak. Nasib baik bulan puasa boleh balik tiap-tiap minggu. Kalau dekat rumah tak payah pening-pening pikir nak bangun pukul berapa untuk sahur sebab ada mak yang tolong kejutkan.


Alhamdulillah..Iffah result exam yang lepas agak bagus. Iffah akan berusaha bersungguh-sungguh lagi. Harap-harap dapat naik kelas. Aminnnn.....Doakan idea datang mencurah-curah untuk bab seterusnya.

Rabu, 5 Jun 2013

Projek Penulisan Blinkers

Sesiapa yang ada impian novelis tu meh join group ni
Group ni ada banyak aktiviti untuk mantapkan penulisan kita


Sekarang ni, waktu malam Kak Izanor akan buat GAME. Kak Izanor akan bagi arahan atau tajuk dan korang kena buat cerpen mengikut arahannya. Kak Izanor akan nilai cerpen korang. Sesiapa yang cerpen dia bagus, akan dapat bintang. Setiap bulan, siapa yang dapat bintang paling banyak akan dapat hadiah. Game ni biasanya pukul 9.30 malam. 


Buat pengatahuan korang jugak, sekarang ni ada pertanding menulis cerpen Aku Mahu....

Untuk makulumat, korang boleh baca dekat blog ni.

Pertandingan My Talents

Assalamualaikum....
Kepada korang2 yang minat novel tu jom join pertandingan ni

                                            Pertandingan My Talents



                                                          Syarat-syaratnya :-

- Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan.

- Jawapan ditulis menggunakan Bahasa Melayu penuh. 

-Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta.

- Tuliskan keseluruhan jumlah perkataan di hujung penamat cerpen.

- Mengisi borang penyertaan
Nama Penuh:
Nama Pena:
Umur:
Nama sekolah:
Tajuk Karya:

- Post karya anda di group The Future Novelistar atau emel kepada (nurshazaoffical@gmail.com)

Hadiah-hadiah menarik menanti anda :-

- Novel yang paling menarik akan diletakkan di dalam blog saya.

Sesiapa buat cerpen : akan dihantar di Penulisan2U

Sesiapa membuat novel : Akan dihantar di PTS atau Blink cuma PTS mahu sinopsis dahulu.

-Tarikh tutup penyertaan pada 31/11/2013 sebelum 11.59 malam.

Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam kumpulan The Future Novelistar.

Rangka cerita :-

- WAJIB ada sinopsis
- Menggunakan Bahasa Melayu yang betul
- Tema bebas
- Tidak lebih dari 400m/s


p/st: Pastikan anda dah jadi ahli group The Future Novelistar...




                                                    JOM JOIN!!!

Ahad, 2 Jun 2013

Bunkusan Cinta _Bab 4


            Fiqret dan Syukri sedang berkenalan dengan pelajar-pelajar lain. Tiba-tiba mata Fiqret tertancap pada dua orang perempuan. Meraka ialah Elfira dan Qistina.

             Cantiknya perempuan yang sedang merajuk itu. Apa nama dia ya?Dia kelas apa? Pelbagai soalan yang bermain di mindanya tentang Elfira. Matanya seolah-olah tidak dapat dialihkan ke arah lain. Ketawa daripada Syukri dan rakan-rakannya yang lain menyedarkan Fiqret daripada lamunannya. Fiqret pantas memalingkan wajahnya.Dia mengucap panjang.

              “Assalamualaikum semua. Pertama sekali, abang nak ucap selamat datang ke UiTM Shah Alam. Tahniah kerana kamu semua berjaya pergi ke menara gading. Aktiviti kita yang pertama ialah sesi taaruf atau sesi berkenalan. Nama abang, Khairul Amir. Abang ambil kursus Kejuruteraan Elektronik dan Mekatronik. Tahun keempat.”

              Abang nak kamu sebut nama, kursus dan sekolah menengah. Kita mulakan dengan senior-senior yang menjadi fasilitator bagi program ni.” Khairul menyerahkan mikrofon kepada rakannya. Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan diri.

             Sekarang, giliran Elfira pula untuk memperkenalkan diri. Fiqret yang tadinya bersandar, terus menegakkan badannya. Tangannya mencapai sebatang pen dan buku notanya.

            “Assalamualaikum. Nama saya Elfira Qirana binti Ilham.Saya ambil kursus perubatan. Dulu, saya bersekolah di Maahad Tahfiz Kuantan di Pahang, Selamat berkenalan.

            Fiqret tersenyum puas sambil  memandang maklumat Elfira yang telah dicatatnya. Jadi, nama dia Elfira. Hurm, sedap nama itu. Dia pun ambil kursus perubatan juga. Makin cerahlah peluang aku untuk berkenalan dengan dia.

                                                              **********

          Fiqret duduk di meja belajarnya sambil mendengar lagu. Dia teringatkan Elfira. Dia sendiri keliru bagaimana dia boleh jatuh hati dengan Elfira. Kalau disebabkan Elfira itu cantik, ramai lagi pelajar perempuan yang cantik. Kalau nak cakap yang Elfira itu baik, dia belum kenal. Fiqret mendengus.

          Fiqret bangun lalu melangkah ke tingkap. Tiba-tiba, Fiqret teringatkan sesuatu. Penampilan Elfira dan rakannya lain daripada yang lain. Mereka memakai pakaian yang menutup aurat. Mereka juga memakai stoking. Bukan senang nak cari wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Ramai orang menganggap yang kaki bukan aurat.

        Menutup aurat dengan sempurna memang salah satu ciri-ciri wanita yang aku idamkan. Sebab itu ke aku suka Elfira? Tapi kenapa aku tak tertarik pun dengan kawan dia itu? Ah, malaslah aku nak fikir. Lebih baik aku tidur. Cemburu pula aku tengok Syukri ini. Bukan main sedap lagi dia tidur.

       Fiqret mengibaskan tempat tidurnya dengan bantal beberapa kali. Tujuannya untuk menghalau syaitan yang duduk di atas katil. Sebelum tidur, dia membaca Surah Al-Fatihah, Ayat Qursi, Surah Tiga Qul dan doa sebelum tidur.

                                                     **********

       Hari ini, hari ketiga bagi minggu orientasi. Pelajar-pelajar tahun pertama dikehendaki mendapatkan tandatangan dua puluh orang senior yang tidak menjadi fasilitator. Mereka diberikan sehelai borang untuk ditandatangani oleh senior-senior. Sesiapa yang tidak bejaya mendapatkan tandatangan dua puluh orang senior, akan dihukum.

       Pelajar-pelajar tahun pertama berkeliaran di seluruh kampus untuk mendapatkan tandatangan. Elfira memandang helaian borang di tangannya.Dia baru dapat lima tandatangan. Aku perlukan lima belas tandatangan lagi. Tetapi, kebanyakan senior sudah mentandatangani borang pelajar lain. Mereka tidak boleh mendapat tandatangan daripada orang yang sama.

      Tiba-tiba, Elfira terpandang seorang perempuan yang sedang menulis sesuatu. Aku harus dapatkan tandatangan kakak itu. Harap-harap dia belum tandatangan borang mana-mana pelajar.Elfira mempercepatkan langkahnya.
        Fiqret yang ketika itu mahu pergi ke kafe kampus, terus berhenti apabila ternampak Elfira. Dia yakin yang Elfira mahu dapatkan tandatangan perempuan yang sedang menulis itu. Fiqret lantas berlari ke arah perempuan itu.

        “Akak, boleh saya dapatkan tandatangan akak?’ Soal Fiqret dengan sopan. Perempuan itu mengangguk lalu mentandatangani borang yang dihulurkan oleh Fiqret.

       Elfira yang melihatkan kejadian itu, terasa seperti hendak menjerit. Geram betul dia. Elfira berjalan ke arah Fiqret yang berdiri tidak jauh darinya. “Assalamualaikum.” Sempat juga dia memberi salam walaupun dalam keadaan marah.

    “Waalaikumussalam.” Bukan main lebar lagi senyumannya. Yes! Berjaya juga strategi aku. Aku dah agak dia mesti akan jumpa aku.

     “Kau ni memang sengaja kan? Kau dah tahu aku nak dapatkan tandatangan akak tu, kenapa kau pergi minta juga tandatangan dia?” Perasaan marah meluap-luap dalam hati Elfira. Sudahlah dia baru dapat lima tandatangan, ada pula orang yang cari fasal dengan dia. Yang paling dia geram, boleh pula mamat itu tersengih-sengih seperti kerang busuk.

      “Saya minta maaf ya. Bukan niat saya sengaja nak cari fasal dengan awak tetapi saya baru dapat beberapa tandatangan. Kita kena bersaing secara sihat. Mungkin bukan rezeki awak tadi agaknya. Awak pun janganlah jalan lambat sangat macam kura-kura. Kita kena ingat, siapa cepat, dia yang dapat. Saya minta maaf ya. Selamat berjaya.

      Geram betul Elfira. Dia rasa seperti mahu hempuk sahaja kepala Fiqret dengan beg dia. Dah lah potong line aku. Selepas itu, mengata aku jalan lambat seperti kura-kura. Sempat lagi dia memerli aku. Argh! Lebih baik aku sambung kerja aku daripada fikir tentang dia. Buat sakit hati sahaja.

                                                         **********

       Sampai sahaja di biliknya, Elfira dan Qistina terus merebahkan diri dia atas katil. Penat betul gayanya. Elfira sempat terlelap selama beberapa minit. Azan Asar yang berkumandang mengejutkannya. Ah! Lebih baik aku solat dahulu. Kemudian aku akan sambung tidur sampai Maghrib. Dia tahu tidak elok tidur selepas Asar tetapi badannya sangat letih. Mujurlah, dia dapat juga tandatangan dua puluh orang pelajar senior. Kalau tidak, habislah dia kena hukum.

      Selesai Solat Asar, Elfira terus baring dia atas katilnya. Belum sempat dia mahu melelapkan mata, Qistina bersuara. “Fira, tadi aku nampak kau bercakap dengan seorang lelaki. Gayanya macam kau orang sedang bertekak sahaja. Siapa lelaki itu?”

      Elfira membuka matanya. Kejadian pagi tadi bagaikan terimbau kembali. Rasa mengantuknya tadi kini bertukar menjadi geram apabila teringatkan lelaki itu.

      “Mamat tak guna dah cari fasal dengan aku. Dia dah nampak aku berjalan ke arah seorang senior nak dapatkan tandatangan, boleh pula dia potong line aku. Akhirnya, dia yang dapat tandatangan senior tu. Geram betul aku. Aku pun jumpalah dia. Aku ingat nak sound dia tapi aku yang kena perli dengan dia.

      “Dia cakap kita kena bersaing secara sihat. Mungkin tu bukan rezeki aku. Lepas itu, dia cakap aku pun janganlah jalan seperti kura-kura. Siapa cepat, dia yang dapat. Argh! Waktu itu, aku memang rasa nak hempuk je kepala dia itu.”

       Qistina yang mendengar ceritanya terus tergelak. Geli hatinya bila mendengar ayat yang diucapkan oleh lelaki yang dah cari fasal dengan Elfira. “Betullah cakap dia itu. Bersaing secara sihat. Lagipun, dah bukan rezeki kau.” Qistina menyambung ketawanya.

        “Malas aku layan kau. Lebih baik aku tidur. Disebabkan kau, tempoh masa untuk aku tidur dah berkurang. Akhirnya, aku juga yang diketawakan.” Elfira menyambung kembali niatnya untuk tidur.

                                                      **********

         Fiqret duduk bersandar dia atas katilnya. Dia teringatkan kejadian pagi tadi. Lucu benar apabila teringatkan muka Elfira yang geram dengannya. Memang dia sengaja ucapkan ayat yang menyakitkan hati Elfira. Pasti selepas ini, dia akan ingat muka aku.
        Syukri yang perasan dengan gelagat kawannya itu, menegur. “Hoi! Kau ini kenapa? Dari tadi, asyik tersengih-sengih sahaja macam kerang busuk. Apa yang kelakar sangat tu? Ceritalah dekat aku.”

       Fiqret memandang rakannya. “Semalam, waktu orientasi  aku ternampak seorang perempuan ini. Aku tak tahu kenapa, bila aku pandang dia, aku macam tertarik dengan dia. Nama dia Elfira. Dia ambil kursus perubatan juga. Sama dengan kita.

      Pagi tadi, aku cari fasal dengan dia. Aku potong line dia nak dapatkan tandatangan seorang senior ni. Bukan main geram lagi dengan aku. Dia siap jumpa aku lagi sebab nak marah aku. Memang itu pun rancangan aku. Lepas tu, aku perli dia. Macam-macam yang aku cakap dekat dia. Tengok muka dia pun, aku dah tahu yang dia bengang gila dekat aku.”

     “Kalau kau suka dia, kenapa kau cari fasal dengan dia. Sepatutnya, kau berbaik dengan dia. Kalau kau buat macam tu, mesti dia akan senaraikan kau sebagai salah seorang daripada orang yang dia benci.”

      “Dia itu lain daripada yang lain. Jadi, aku rasa inilah jalan terbaik untuk buat dia bercakap dengan aku dan ingat muka aku. Nanti aku tunjukkan dekat kau orangnya. Dahlah. Aku nak tidur.”


       Syukri menggelengkan kepalanya. Pelik betul dia dengan perangai Fiqret. Kalau orang lain, mesti nak berkenalan secara baik. Ini tak, dia cari fasal pula dengan orang yang diminatnya itu. Suka hati engkaulah. Janji kawannya itu bahagia.

Selasa, 7 Mei 2013

Bungkusan Cinta _Bab 3



            “Belajar bersungguh-sungguh.Jangan lupa solat.Jangan lupa telefon mak selalu.” pesan Puan Razidah kepada Fiqret.

             “Ye mak.Fiqret akan belajar bersungguh-sunguh.Fiqret akan solat lima waktu, doa setiap hari dan selalu telefon mak.Solat sunat pun Fiqret akan selalu buat.”ucap Fiqret.Adiknya tergelak kecil mendengar ayatnya.

             “Barang-barang semua dah ambik?Jangan ada yang tertinggal pulak.” tanya Encik Adam kepada Fiqret.

              “Sudah ayah.”

             Tiba-tiba, pintu bilik ditolak.Kelihatan sebuah keluarga masuk ke dalam bilik itu bersama seorang lelaki.Pasti lelaki itu sebilik dengan Fiqret.Mereka berbalas senyuman.

             “Dari mana?” soal Puan Razidah kepada ibu lelaki itu.

             “Kami dari Perak.Puan pula dari mana?”Wanita itu tersenyum.

             “Oh.Kami dari Johor.”

             Selepas itu, Fiqret keluar dari bilik bersama keluarganya.

                                                     **********
            “Nama aku Fiqret Ilman.Kau?” soal Fiqret kepada rakan sebiliknya.

            “Nama aku Syukri Izham.Panggil Syukri.Aku ambik kursus perubatan.Kau?”

             “Ye ke?Kalau macam tu bolehlah kita pergi kelas sama-sama sebab aku pun ambik kursus perubatan juga.” Fiqret gembira kerana Syukri sama kursus dengannya.

            “Realy?Bolehla kita jadi kawan baik.Dah la sebilik, kelas pun sama.Kau sudi tak jadi kawan baik aku?”

            “Mestilah sudi.Apalah kau ni.Macam nak ajak aku kahwin pula.”Fiqret tergelak.Walaupun mereka baru sahaja berkenalan namun, terserlah keserasian antara mereka.Kemudian, mereka berbual-bual sambil mengemas barang.

                                                       **********

              “Syuk, kita kena berkumpul dekat dewan pukul 8 pagi kan?” soal Fiqret kepada Syukri.Mereka sedang bersiap-siap untuk ke dewan untuk sesi orientasi.

               “Ya.Sekarang baru pukul 7:15 pagi.Awalnya kita bersiap.Semangat betul kita ya.”Syukri ketawa kecil.

                “Kenalah bersemangat.Kalau lambat nanti kena denda pulak.Aku tak nak kena denda.Baru hari pertama dah lambat.Nanti mesti senior-senior tu bagi denda yang teruk kalau kita lambat.”

                 “Betul tu Fiq, mesti senior-senior tu ketawa tengok orang kena denda.Memang memalukan.Kau rasa hari ni kita ada aktiviti apa ya?”

                 “Mana la aku tahu.Mungkin mereka suruh kita mengorat mahasiswi-mahasisiwi kat sini.”Fiqret ketawa.

                 “Gatal jugak kau ni ye.Aku ingatkan kau ni alim sangat.”

                  “Aku bergurau aje lah.Kalau kau nak aku tahu, aku ni tak pernah bercinta masa sekolah menengah.Kawan-kawan aku yang lain semuanya ada girlfriend.Aku je yang tak ada.”

                 “Eleh..Aku pun tak ada girlfriend lah dulu.Kalau ayah aku tahu aku ada girlfriend, habislah mata aku ni lebam.”

                  “Eh, jomlah!Kalau berborak dengan kau ni, ada peluang besar kita kena denda.”

                   “Yelah.Jom.”Mereka segera keluar daripada bilik dan pergi ke dewan bersama-sama.

                                                         **********

                  “Huh! Nasib baik kita sempat datang sebelum pukul 8 pagi.Kalau kita kena denda sebab lambat, siaplah kau.Boleh pula terlupa nak seterika baju yang nak pakai hari ni.Lepas tu mulalah nak menggelabah.” geram betul Elfira dengan Qistina pagi ini.

                 “Yalah.Aku minta maaf.Boleh tak kau berhenti membebel.Bila kau mebebel, sebijik macam opah aku yang tengah membebel.”
                  “Kau cakap aku macam opah kau bila membebel?”Elfira menjengilkan matanya.Elfira memandang ke arah lain sambil memuncungkan mulutnya.

                  “Alahai, merajuk pula.Aku gurau ajelah.”Qistina memujuk Elfira.Nak tergelak Qistina apabila melihat muncung Elfira yang boleh disangkut dengan penyangkut baju.

                                                     **********

p/st:ni entry terakhir sebelum Tiara balik asrama.maybe lagi 3 minggu baru Tiara sambung bab 4.

Ahad, 5 Mei 2013

Bungkusan Cinta _Bab 2

                Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi mahasiswa dan mahasisiwi UiTM Shah Alam.Elfira kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri.Dia sudah berjanji dengan Qistina untuk mendaftar sama-sama supaya mendapat bilik yang sama.Senyuman Elfira tidak lekang daripada bibir sejak pagi tadi.

                Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya mereka sampai di UTM Shah Alam.Kawasan universiti penuh dengan kereta.Sudah ramai pelajar yang tiba.

               "Fira dengan mak pergi ke dewan dulu.Ayah nak cari tempat parking." ujar Encik Ilham.

                Elfira turun dari dan menuju ke dewan pendaftaran bersama Puan Amelia.

                "Kita tunggu Qistina dulu ye mak.Sebentar lagi sampailah tu." kata Elfira.Puan Amelia mengangguk.Mereka menuggu Qistina di pintu hadapan dewan.

                 Tidak lama selepas itu, Encik Ilham tiba."Dah siap daftar ke?" tanya Encik Ilham.

                 "Belum.Fira dah janji dengan Qistina nak daftar sama-sama.Qis cakap dia dah nak sampai."

                  Selepas beberapa minit, Qistina pun sampai."Sorry, Fira....Adik aku ni lah banyak songeh.Nak itulah, nak inilah.Sorry ye mak cik, pak cik."

                 "Tak mengapa.Kami pun baru sampai 15 minit.Jomlah kita daftar."Puan Amelia tersenyum.

                 "Jom."Elfira dan Qistina berkata serentak dengan penuh bersemangat.Mereka kelihatan benar-benar tidak sabar.

                                                                   **********

                  "Seronok betul anak kita tu nak masuk universiti." ujar Puan Amelia kepada Puan Intan, ibu kepada Qistina ketika menunggu Elfira dan Qistina mendaftar.

                 "Itu kan impian mereka dari dulu lagi.Saya harap mereka dapat mencapai cita-cita mereka dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat."

                 "Amin...Itulah yang saya doakan setiap kali selepas solat.

                                                                   **********

               "Yeay!!!Kita dapat sebilik.Tak sia-sia peluh aku ni menitik semata-mata tunggu kau."ujar Elfira dengan gembira.

              "Ceh.Macamlah sebesen penuh peluh kau keluar."

               Elfira tergelak."Tak kisahlah sebesen ke, setitik ke, yang penting namanya peluh.Peluh aku ni mahal tau."

               Kisah pulak aku.Yang berpeluh tu kau bukannya aku.Lagipun peluh ni memang kita kena keluarkan.Mana boleh kita simpan je peluh dalam badan.Bahaya.

                "Yelah.Aku kalah."

                "Tahu pun." kata Qistina lalu ketawa.

                                                                     **********

               "Cantiknya bilik ini.Berhadapan dengan taman pula tu.Mesti petang-petang udaranya nyaman."kata Qistina.

               "Waktu petang, bolehlah kita mengurat pelajar-pelajar lelaki yang sedang berjogging."Elfira tersenyum.

              "Amboi, bukan main gatal lagi anak mak ini ye."Puan Amelia memulas telinga Elfira.

              "Adoi! Ampun, mak.Ampun.Fira gurau ajelah.Elfira mengusap telinga sebelah kirinya yang sudah merah kerana dipulas oleh Puan Amelia.

            "Qistina, kamu tolong tengok-tengokkan Fira ni ye.Kalau dia menggatal, kamu pulas aje telinga dia.Mak cik benarkan."

             Qistina tersengih."Baiklah, mak cik.Saya memang suka pulas telinga Fira ni.Jangankan menggatal, cakap dengan lelaki pun saya terus pulas telinga dia."

           "Amboi, bukan main lagi kau ye.Mengalahkan mak aku.Mak aku cakap kalau aku menggatal je.Yang kau nak lebih-lebih kenapa?

           "Aku kan kawan baik kau.Aku kenalah jaga kau baik-baik.Bukan macam kau.Tak nak pun jaga aku." kata Qistina.

           "Siapa kata?Kau nak cakap dengan pensyarah lelaki pun aku tak akan benarkan." Elifira berkata sambil tersenyum lebar ke arah Qistina.

           Ibu bapa mereka hanya menggelengkan kepala sambil senyum melihat gelagat mereka.Dah masuk universiti, tapi perangai seperti masih kanak-kanak.

















Bungkusan Cinta_ Sinopsis

                     Elfira Qirana, seorang gadis yang telah jatuh hati dengan seorang lelaki iaitu Fiqret Ilman.Elfira cuba menyiasat segala-galanya tentang Fiqret.Elfira menulis biodata Fiqret dalam diarinya kecuali nama Fiqret.Dia khuatir jika ada orang terbaca diarinya.


                      Namun, malang tidak berbau.Elfira kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapanya.Akibat daripada kemalangan itu,Elfira telah hilang ingatan termasuklah tentang Fiqret iaitu lelaki yang disukainya.

                     Elfira terjumpa diarinya.Dia membaca diari itu dengan harapan ingatannya akan kembali.Setelah membaca diari itu, barulah dia tahu yang dia pernah menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki.

                    Dengan berbekalkan maklumat yang dia ada, dia cuba menyiasat siapa lelaki itu.Setelah beberapa bulan, akhirnya dia berjaya mengetahui siapa lelaki yang pernah disukainya dahulu.Tetapi kebenran itu benar-benar mengejutkannya.

                     Apakah yang akan terjadi kepada Elfira dan Fiqret?Adakah mereka akan bersama?

Bungkusan Cinta Bab 1

                "Apa! Kau dah dapat surat tawaran dari universiti? Kenapa aku belum dapat?" wajah Elfira masam.

                 "Kau jangan risaulah.Aku yakin kau dapat.Tak lama lagi adalah tu surat sampai."Qistina cuba memujuk.

                  "Eh, mak aku panggil tu!Nanti bila kau dah dapat surat dari universiti, jangan lupa telefon aku tau."

                   "Okay.Assalumualaikum..." Elfira meletakkan telefon.Bila surat aku nak sampai ni...

                   Elfira berjalan menuju ke arah pintu.Dia berdiri di tepi pintu dengan harapan suratnya akan tiba tidak lama lagi.

                   Tidak lama selepas itu, seorang posmen muncul sambil menuju ke rumah Elfira.Elfira yang ketika itu memang menunggu kehadiran posmen terus tersenyum dan menuju ke luar rumah.

                    "Nah. ada surat untuk kamu." Posmen itu menyerahkan sepucuk surat kepada Elfira.Elfira dengan pantas mengambil surat itu.Tertera nama Universiti Teknologi Mara dan namanya di atas sampul surat itu.Senyuman Elfira semakin melebar.Elfira berlari ke arah biliknya dan berbaring di atas katil kesayangannya,

                     Ya Allah, semoga aku diterima sebagai salah seorang mahasisiwi UiTM.Elfira mengoyakkan sampul surat dan mula membaca kandungan surat tersebut.Akhirnya doanya selama ini dimakbulkan.Dia diminta mendaftarkan diri pada awal bulan Jun ini.Elfira tidak putus-putus mengucapakn syukur kepada Allah.

                                                                **********

                       "Bukan main gembira je mak tengok kamu ni.Ada ape-ape ke?" Puan Amelia menegur Elfira.    

                       "Sebenarnya, ada sesuatu yang Fira nak beritahu ayah dan mak.Pagi tadi Fira dapat surat daripada UiTM.Fira diterima sebagai salah seorang mahasiswi.Fira kena daftar awal bulan Jun nanti."

                       "Alhamdulillah..."Puan Amelia dan Encik Ilham serentak mengucapkan syukur.Tergambar  kegembiraan pada wajah mereka.

                      'Mak, ayah.Fira akan belajar bersungguh-sungguh dan pastikan yang Fira akan capai cita-cita Fira selam ni.Fira akan bantu mak, ayah dan adik-adik.Itu janji Fira dengan mak dan ayah.' kata Elfira dalam hati.
                                                              **********

                      Malam itu Elfira menelefon Qistina untuk memaklumkan yang dia juga menerima surat tawaran daripada universiti.Selepas beberapa saat, panggilannya dijawab.

                      "Oi Qistina!"

                      "Ape oi oi.Kita ni orang Islam. Bagilah salam." geram betul Qistina dengan kawan baik dia ni.

                      "Ops, sorry.... Assalamualaikum...."Elfira cepat-cepat meminta maaf.

                      "Waalaukumussalam...Macam tu lah.Ada apa kau telefon ni?"

                     "Aku nak beritahu  kau yang aku dah terima surat tawaran daripada UiTM.Permohonan aku diterima."Elfira tersenyum lebar.

                      "Betul ke? Tahniah! Kan betul apa aku cakap.Kau mesti dapat.Nanti kita pergi sama-sama ye.Bolehla kita dapat bilik yang sama"

                      "Siapa cakap aku nak satu bilik dengan kau?Aku nak orang lain jadi room mate aku."Sengaja Elfira berkata begitu.Niatnya sekadar untuk gurau.

                       "Sampai hati kau.Aku pun tak teringinlah nak jadi room mate kau." Suara Qistina mula berubah.

                      "Eh, Qis janganlah merajuk.Aku bergurau sajalah.Mestilah aku nak sebilik dengan kau"Elfira cepat-cepat memujuk Qistina.Dia tidak sangka gurauannya menyebabkan Qistina sedih.

                       "Ha ha ha...Aku tahu kau bergurau.Aku saja je buat-buat suara sedih.Macamla aku tak tahu kau tu mana boleh hidup tanpa aku."

                       "Eleh...Kau pun tak boleh hidup tanpa aku jugak.Eh, dah lewat malam ni.Anak dara tak elok tidur lambat."

                       "Yelah.Assalamualaikum..."

                       "Waalaikumussalam...."

                     Elfira meletakkan telefon dan berbaring di atas katil sambil memeluk spongespob kesayangannya.Elfira membayangkan kehidupannya ketika menjadi mahasisiwi nanti.Macam -macam yang dia fikirkan termasuklah mahasiswa-mahasiwa di sana.Gatal juga si Elfira Qirana ini.Akhirnya Elfira tertidur dengan bayangan-bayangannya.

                   

Selamat Berkenalan....

Assalamualaikum.

Nama pena saya Tiara Emelda.Nama sebenar dirahsiakan ye.
Blog ni bertujuan untuk memaparkan hasil karya saya.Saya ni salah seorang peminat tegar novel dan impian saya untuk mempunyai novel hasil karya saya.Disebabkan saya ni bawah umur lagi saya bercadang untuk jadi penulis di blog sahaja.

Tia harap korang semua sudi baca karya Tia.Lepas baca tu jangan lupa komen ye .:D