SEMOGA TERHIBUR...JANGAN LUPA KOMEN DAN FOLLOW YA...

Rabu, 5 Jun 2013

Projek Penulisan Blinkers

Sesiapa yang ada impian novelis tu meh join group ni
Group ni ada banyak aktiviti untuk mantapkan penulisan kita


Sekarang ni, waktu malam Kak Izanor akan buat GAME. Kak Izanor akan bagi arahan atau tajuk dan korang kena buat cerpen mengikut arahannya. Kak Izanor akan nilai cerpen korang. Sesiapa yang cerpen dia bagus, akan dapat bintang. Setiap bulan, siapa yang dapat bintang paling banyak akan dapat hadiah. Game ni biasanya pukul 9.30 malam. 


Buat pengatahuan korang jugak, sekarang ni ada pertanding menulis cerpen Aku Mahu....

Untuk makulumat, korang boleh baca dekat blog ni.

Pertandingan My Talents

Assalamualaikum....
Kepada korang2 yang minat novel tu jom join pertandingan ni

                                            Pertandingan My Talents



                                                          Syarat-syaratnya :-

- Pertandingan ini boleh disertai oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa atau kewarganegaraan.

- Jawapan ditulis menggunakan Bahasa Melayu penuh. 

-Singkatan ejaan dan penggunaan bahasa SMS / slanga akan ditolak serta-merta.

- Tuliskan keseluruhan jumlah perkataan di hujung penamat cerpen.

- Mengisi borang penyertaan
Nama Penuh:
Nama Pena:
Umur:
Nama sekolah:
Tajuk Karya:

- Post karya anda di group The Future Novelistar atau emel kepada (nurshazaoffical@gmail.com)

Hadiah-hadiah menarik menanti anda :-

- Novel yang paling menarik akan diletakkan di dalam blog saya.

Sesiapa buat cerpen : akan dihantar di Penulisan2U

Sesiapa membuat novel : Akan dihantar di PTS atau Blink cuma PTS mahu sinopsis dahulu.

-Tarikh tutup penyertaan pada 31/11/2013 sebelum 11.59 malam.

Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruang komen atau dalam kumpulan The Future Novelistar.

Rangka cerita :-

- WAJIB ada sinopsis
- Menggunakan Bahasa Melayu yang betul
- Tema bebas
- Tidak lebih dari 400m/s


p/st: Pastikan anda dah jadi ahli group The Future Novelistar...




                                                    JOM JOIN!!!

Ahad, 2 Jun 2013

Bunkusan Cinta _Bab 4


            Fiqret dan Syukri sedang berkenalan dengan pelajar-pelajar lain. Tiba-tiba mata Fiqret tertancap pada dua orang perempuan. Meraka ialah Elfira dan Qistina.

             Cantiknya perempuan yang sedang merajuk itu. Apa nama dia ya?Dia kelas apa? Pelbagai soalan yang bermain di mindanya tentang Elfira. Matanya seolah-olah tidak dapat dialihkan ke arah lain. Ketawa daripada Syukri dan rakan-rakannya yang lain menyedarkan Fiqret daripada lamunannya. Fiqret pantas memalingkan wajahnya.Dia mengucap panjang.

              “Assalamualaikum semua. Pertama sekali, abang nak ucap selamat datang ke UiTM Shah Alam. Tahniah kerana kamu semua berjaya pergi ke menara gading. Aktiviti kita yang pertama ialah sesi taaruf atau sesi berkenalan. Nama abang, Khairul Amir. Abang ambil kursus Kejuruteraan Elektronik dan Mekatronik. Tahun keempat.”

              Abang nak kamu sebut nama, kursus dan sekolah menengah. Kita mulakan dengan senior-senior yang menjadi fasilitator bagi program ni.” Khairul menyerahkan mikrofon kepada rakannya. Seorang demi seorang pelajar memperkenalkan diri.

             Sekarang, giliran Elfira pula untuk memperkenalkan diri. Fiqret yang tadinya bersandar, terus menegakkan badannya. Tangannya mencapai sebatang pen dan buku notanya.

            “Assalamualaikum. Nama saya Elfira Qirana binti Ilham.Saya ambil kursus perubatan. Dulu, saya bersekolah di Maahad Tahfiz Kuantan di Pahang, Selamat berkenalan.

            Fiqret tersenyum puas sambil  memandang maklumat Elfira yang telah dicatatnya. Jadi, nama dia Elfira. Hurm, sedap nama itu. Dia pun ambil kursus perubatan juga. Makin cerahlah peluang aku untuk berkenalan dengan dia.

                                                              **********

          Fiqret duduk di meja belajarnya sambil mendengar lagu. Dia teringatkan Elfira. Dia sendiri keliru bagaimana dia boleh jatuh hati dengan Elfira. Kalau disebabkan Elfira itu cantik, ramai lagi pelajar perempuan yang cantik. Kalau nak cakap yang Elfira itu baik, dia belum kenal. Fiqret mendengus.

          Fiqret bangun lalu melangkah ke tingkap. Tiba-tiba, Fiqret teringatkan sesuatu. Penampilan Elfira dan rakannya lain daripada yang lain. Mereka memakai pakaian yang menutup aurat. Mereka juga memakai stoking. Bukan senang nak cari wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Ramai orang menganggap yang kaki bukan aurat.

        Menutup aurat dengan sempurna memang salah satu ciri-ciri wanita yang aku idamkan. Sebab itu ke aku suka Elfira? Tapi kenapa aku tak tertarik pun dengan kawan dia itu? Ah, malaslah aku nak fikir. Lebih baik aku tidur. Cemburu pula aku tengok Syukri ini. Bukan main sedap lagi dia tidur.

       Fiqret mengibaskan tempat tidurnya dengan bantal beberapa kali. Tujuannya untuk menghalau syaitan yang duduk di atas katil. Sebelum tidur, dia membaca Surah Al-Fatihah, Ayat Qursi, Surah Tiga Qul dan doa sebelum tidur.

                                                     **********

       Hari ini, hari ketiga bagi minggu orientasi. Pelajar-pelajar tahun pertama dikehendaki mendapatkan tandatangan dua puluh orang senior yang tidak menjadi fasilitator. Mereka diberikan sehelai borang untuk ditandatangani oleh senior-senior. Sesiapa yang tidak bejaya mendapatkan tandatangan dua puluh orang senior, akan dihukum.

       Pelajar-pelajar tahun pertama berkeliaran di seluruh kampus untuk mendapatkan tandatangan. Elfira memandang helaian borang di tangannya.Dia baru dapat lima tandatangan. Aku perlukan lima belas tandatangan lagi. Tetapi, kebanyakan senior sudah mentandatangani borang pelajar lain. Mereka tidak boleh mendapat tandatangan daripada orang yang sama.

      Tiba-tiba, Elfira terpandang seorang perempuan yang sedang menulis sesuatu. Aku harus dapatkan tandatangan kakak itu. Harap-harap dia belum tandatangan borang mana-mana pelajar.Elfira mempercepatkan langkahnya.
        Fiqret yang ketika itu mahu pergi ke kafe kampus, terus berhenti apabila ternampak Elfira. Dia yakin yang Elfira mahu dapatkan tandatangan perempuan yang sedang menulis itu. Fiqret lantas berlari ke arah perempuan itu.

        “Akak, boleh saya dapatkan tandatangan akak?’ Soal Fiqret dengan sopan. Perempuan itu mengangguk lalu mentandatangani borang yang dihulurkan oleh Fiqret.

       Elfira yang melihatkan kejadian itu, terasa seperti hendak menjerit. Geram betul dia. Elfira berjalan ke arah Fiqret yang berdiri tidak jauh darinya. “Assalamualaikum.” Sempat juga dia memberi salam walaupun dalam keadaan marah.

    “Waalaikumussalam.” Bukan main lebar lagi senyumannya. Yes! Berjaya juga strategi aku. Aku dah agak dia mesti akan jumpa aku.

     “Kau ni memang sengaja kan? Kau dah tahu aku nak dapatkan tandatangan akak tu, kenapa kau pergi minta juga tandatangan dia?” Perasaan marah meluap-luap dalam hati Elfira. Sudahlah dia baru dapat lima tandatangan, ada pula orang yang cari fasal dengan dia. Yang paling dia geram, boleh pula mamat itu tersengih-sengih seperti kerang busuk.

      “Saya minta maaf ya. Bukan niat saya sengaja nak cari fasal dengan awak tetapi saya baru dapat beberapa tandatangan. Kita kena bersaing secara sihat. Mungkin bukan rezeki awak tadi agaknya. Awak pun janganlah jalan lambat sangat macam kura-kura. Kita kena ingat, siapa cepat, dia yang dapat. Saya minta maaf ya. Selamat berjaya.

      Geram betul Elfira. Dia rasa seperti mahu hempuk sahaja kepala Fiqret dengan beg dia. Dah lah potong line aku. Selepas itu, mengata aku jalan lambat seperti kura-kura. Sempat lagi dia memerli aku. Argh! Lebih baik aku sambung kerja aku daripada fikir tentang dia. Buat sakit hati sahaja.

                                                         **********

       Sampai sahaja di biliknya, Elfira dan Qistina terus merebahkan diri dia atas katil. Penat betul gayanya. Elfira sempat terlelap selama beberapa minit. Azan Asar yang berkumandang mengejutkannya. Ah! Lebih baik aku solat dahulu. Kemudian aku akan sambung tidur sampai Maghrib. Dia tahu tidak elok tidur selepas Asar tetapi badannya sangat letih. Mujurlah, dia dapat juga tandatangan dua puluh orang pelajar senior. Kalau tidak, habislah dia kena hukum.

      Selesai Solat Asar, Elfira terus baring dia atas katilnya. Belum sempat dia mahu melelapkan mata, Qistina bersuara. “Fira, tadi aku nampak kau bercakap dengan seorang lelaki. Gayanya macam kau orang sedang bertekak sahaja. Siapa lelaki itu?”

      Elfira membuka matanya. Kejadian pagi tadi bagaikan terimbau kembali. Rasa mengantuknya tadi kini bertukar menjadi geram apabila teringatkan lelaki itu.

      “Mamat tak guna dah cari fasal dengan aku. Dia dah nampak aku berjalan ke arah seorang senior nak dapatkan tandatangan, boleh pula dia potong line aku. Akhirnya, dia yang dapat tandatangan senior tu. Geram betul aku. Aku pun jumpalah dia. Aku ingat nak sound dia tapi aku yang kena perli dengan dia.

      “Dia cakap kita kena bersaing secara sihat. Mungkin tu bukan rezeki aku. Lepas itu, dia cakap aku pun janganlah jalan seperti kura-kura. Siapa cepat, dia yang dapat. Argh! Waktu itu, aku memang rasa nak hempuk je kepala dia itu.”

       Qistina yang mendengar ceritanya terus tergelak. Geli hatinya bila mendengar ayat yang diucapkan oleh lelaki yang dah cari fasal dengan Elfira. “Betullah cakap dia itu. Bersaing secara sihat. Lagipun, dah bukan rezeki kau.” Qistina menyambung ketawanya.

        “Malas aku layan kau. Lebih baik aku tidur. Disebabkan kau, tempoh masa untuk aku tidur dah berkurang. Akhirnya, aku juga yang diketawakan.” Elfira menyambung kembali niatnya untuk tidur.

                                                      **********

         Fiqret duduk bersandar dia atas katilnya. Dia teringatkan kejadian pagi tadi. Lucu benar apabila teringatkan muka Elfira yang geram dengannya. Memang dia sengaja ucapkan ayat yang menyakitkan hati Elfira. Pasti selepas ini, dia akan ingat muka aku.
        Syukri yang perasan dengan gelagat kawannya itu, menegur. “Hoi! Kau ini kenapa? Dari tadi, asyik tersengih-sengih sahaja macam kerang busuk. Apa yang kelakar sangat tu? Ceritalah dekat aku.”

       Fiqret memandang rakannya. “Semalam, waktu orientasi  aku ternampak seorang perempuan ini. Aku tak tahu kenapa, bila aku pandang dia, aku macam tertarik dengan dia. Nama dia Elfira. Dia ambil kursus perubatan juga. Sama dengan kita.

      Pagi tadi, aku cari fasal dengan dia. Aku potong line dia nak dapatkan tandatangan seorang senior ni. Bukan main geram lagi dengan aku. Dia siap jumpa aku lagi sebab nak marah aku. Memang itu pun rancangan aku. Lepas tu, aku perli dia. Macam-macam yang aku cakap dekat dia. Tengok muka dia pun, aku dah tahu yang dia bengang gila dekat aku.”

     “Kalau kau suka dia, kenapa kau cari fasal dengan dia. Sepatutnya, kau berbaik dengan dia. Kalau kau buat macam tu, mesti dia akan senaraikan kau sebagai salah seorang daripada orang yang dia benci.”

      “Dia itu lain daripada yang lain. Jadi, aku rasa inilah jalan terbaik untuk buat dia bercakap dengan aku dan ingat muka aku. Nanti aku tunjukkan dekat kau orangnya. Dahlah. Aku nak tidur.”


       Syukri menggelengkan kepalanya. Pelik betul dia dengan perangai Fiqret. Kalau orang lain, mesti nak berkenalan secara baik. Ini tak, dia cari fasal pula dengan orang yang diminatnya itu. Suka hati engkaulah. Janji kawannya itu bahagia.